Monday, February 23, 2009
salam ikhlas
Sunday, February 22, 2009
Cerita aku......
Gambar ini tiada kaitan dengan cerita ini, hanya hiasan semata-mata.....
pesikat jiwa di hospital bahagia.......
Saturday, February 21, 2009
Kitar Semula Di tempat Kerja
Kitar Semula di syarikat-syarikat komersial adalah penting kerana syarikat-syarikat ini menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah sisa buangan. Operasi yang dijalankan oleh syarikat-syarikat dan industri menghasilkan banyak barangan yang boleh dikitar semula seperti daripada kafeteria, setor, gudang simpanan barang, kedai-kedai pencetak dan tempat-tempat penerbitan.
Pengumpulan barang-barang untuk di kitar semula memerlukan satu peruntukan kewangan tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah sampah yang harus dilupuskan. Penjualan barang-barang yang dikitar semula dapt memberi pulangan hasil yang dapat menampung kos kitar semula. Di sinilah dapat dilihat jika anda bersama-sama menjayakan program kitar semula di tempat kerja anda.
Apa Yang Boleh Di Kitar Semula
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
Bagaimana Untuk Melaksanakan Kitar Semula
Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.
Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk
kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.
Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar semula ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana setiap item dikitar semula, sila klik mana-mana tajuk di bawah.
Apa itu Kitar Semula
Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri