Monday, February 23, 2009

salam ikhlas

trima kasih kepada kawan2 kerana bersama-sama menjayakan blog ini, terutama kepada abecik, aby, dah khairul remli, jasa baik anda akan dikenang selamanya, kepada yang mempunyai komen dan pendapat sila hubungi dalam komen blog ini, supaya pendapat anda nanti akan kami pamerkan........ assalamualaikum daripada kami...........sekian terima kasih.

Sunday, February 22, 2009

Cerita aku......

kisah ini mengisah kan tentang judul buku terbaru karangan pokmat, kisah ini hampir sama dengan karangan tamar jalis, dimana buku karangan pokmat mengisahkan tentang pengembaraan pokmak semasa hayat hidup nya.... antara judul2 buku karanga pomat ialah...

1. bercakap dengan pokmat

2. manusia berkepala lutut

3. jimbara belaan nenek

4. misteri di nusantara

5. pontianak di indonesia

dan lain2 lagi judul cerita kaluaran pokmat.........

kisah-kisah yang manrik akan datang jangan lepaskan peluang....

sedikit sebanyak tentang pokmat..........pokmat adalah seorang tua yang banyak pengalaman tentang kehidupan yang penuh diselubungi misteri yang sengaja pokmat reka, oleh kerana pokmat kerap sangat bercerita jadi untuk ambil hati belia kami keluarkan buku-buku supaya pokmat gembira dan supaya cerita belia tidak lupuk ditelan zaman....

sedikit sebanyak tenteng buku cerita pokmat......

1. bercakap denga pokmat

Cerita ini adalah hampir sama denga karangan tamal jalis iaitu bercakap dengan jin, tetapi cerita pokmat ini menjuruskan kepada rekaan semata-mata dengan alasan pokmat takdop kijoam.....cerita yang mengisahkan penulis bercakap dengan pokmat selama 3hari 3malam tampa makan minum sehingga penulis pengsan ditempat kejadian......ikuti sambungan ceriota ini pada sambunga akan datang.


2. manusia berkepala lutut

hampir sama dengan cerita manusia berkepala serigala, tetapi cerita pokmat ini tiada kaitan lansung dengan cerita misteri, pokmat cuma menceritakan bahawa semua manusia mempunyai kepala lutut, membuatkan penulis rasa tertipu dengan pokmat, dengan serta-merta penulis meninggalkan pokmat.


3. jimbara belaan nenek mengisahkan tentang nenek telah memelihara sekumpulan jimbara, akibat daripada itu jimbara tersebut telah membuat bising di kampung berkenaan, ore kampung tidak tahan dengan gangguan jimbara itu membuat laporan di rumah tok penghulu, akibat dari itu tok penghulu terpaksa berjumpa denga nenek supaya jimbara dihantar ke kuala lumpur, kini jimbara nenek telah berjaya berkumandang di kuala lumpur.

4. pontianak di indonesia merupakan cerita yang sangat misteri dimana bukanlah cerita hantu atau tahyol tetapi, cerita pokmat telah pergi ke pontianak kalimantan barat berjumpa sanak saudara.....



Gambar ini tiada kaitan dengan cerita ini, hanya hiasan semata-mata.....

pesikat jiwa di hospital bahagia.......

Saturday, February 21, 2009

Kitar Semula Di tempat Kerja



Kitar Semula di syarikat-syarikat komersial adalah penting kerana syarikat-syarikat ini menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah sisa buangan. Operasi yang dijalankan oleh syarikat-syarikat dan industri menghasilkan banyak barangan yang boleh dikitar semula seperti daripada kafeteria, setor, gudang simpanan barang, kedai-kedai pencetak dan tempat-tempat penerbitan.

Pengumpulan barang-barang untuk di kitar semula memerlukan satu peruntukan kewangan tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah sampah yang harus dilupuskan. Penjualan barang-barang yang dikitar semula dapt memberi pulangan hasil yang dapat menampung kos kitar semula. Di sinilah dapat dilihat jika anda bersama-sama menjayakan program kitar semula di tempat kerja anda.



Apa Yang Boleh Di Kitar Semula





Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.

Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT


Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.

Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA


Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.

Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.


Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.


Bagaimana Untuk Melaksanakan Kitar Semula


Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.

Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk
kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu.

Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar semula ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana setiap item dikitar semula, sila klik mana-mana tajuk di bawah.

Apa itu Kitar Semula

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.

Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri